Media Prima beli semula ibu pejabat

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) mengumumkan perolehan ibu pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada pelan pengukuhan jangka panjang terhadap operasi perniagaannya.

Kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia itu berkata, pihaknya menyambut baik tawaran daripada PNB Development Sdn Bhd (PNB Development) bagi cadangan perolehan Balai Berita Bangsar dengan pertimbangan belian RM156.4 juta.

Katanya, cadangan perolehan bakal dimeterai di antara Media Prima dan PNB Development tertakluk kepada perjanjian jual beli rasmi.

“Bangunan berkenaan adalah ibu pejabat kumpulan dan pejabat anak-anak syarikat yang disewa Media Prima daripada PNB Development.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Balai Berita julang Piala Pusingan Hari Sukan Negara Media Prima
Media Prima, Adabi agih bubur lambuk
Gamuda ambil alih ekuiti Salak Land Development
Tabung Bencana NSTP – Media Prima diaktifkan semula
“Cadangan perolehan Balai Berita Bangsar ini juga dijangka memberi jaminan jangka panjang untuk memastikan operasi kumpulan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Media Prima juga telah mengambil kira faktor lokasi strategik Balai Berita Bangsar, iaitu lokasi optimum mendukung kadar pertumbuhan dan operasi kumpulan.

“Kumpulan berhasrat untuk melabur dalam pembikinan studio baharu bagi melengkapkan studio yang sedia ada supaya dapat menampung permintaan penghasilan kandungan yang semakin meningkat begitu juga menyatukan operasi pengumpulan berita.

“Cadangan perolehan adalah pelan perniagaan strategik menjamin kelestarian masa hadapan dimana ia juga dapat mengurangkan risiko potensi kenaikan kadar sewaan,” katanya.

Pada 2018, Media Prima terbabit dalam perjanjian urus niaga jualan dan pajak bersama PNB Development, melibatkan aset milik The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd termasuk Balai Berita Bangsar.

Related Posts

error: Content is protected !!